KPGBANDONG & SIBUSTER

KPGBANDONG & SIBUSTER

1 MALAYSIA
 
HomeHome  CalendarCalendar  GalleryGallery  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log inLog in  
SIBUSTER CONTEST . SERTAI SEGERA. HADIAH SAGUHATI DARI SIBUSTER .
SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERFORUM SIBUSTER.. CERIAKAN HARI ANDA...~
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2010
IKLAN
 
 
Selamat menyambut bulan KEMERDEKAAN yang ke-52
SELAMAT DATANG
 
PENGUMUMAN :HAPPY  CHINESE NEW YEAR! GONG XI FA CHAI!
SIBUSTERCONTEST
 
Guru Besar
 
Shah^Rizal & Askry
|
 
Penolong Kanan
 
Sean & Apekz
|
 
Ketua Pengawas
 
Soundpill & Ally
|
 
Penolong Pengawas
 
Chee & Nurul86
|
 
Ketua Kelas
 
sherocks & o'ledy & sera^pink
|
Menu Hari Ini
 Selamat Pagi Kawan  
 
  
                   
  
Latest topics
» AWG IN YOUTUBE!
Thu Mar 25, 2010 3:42 pm by Tamao Serizawa

» ellien nunggah ujan...hehe
Fri Feb 05, 2010 12:01 am by amyhotstuft

» KEZALIMAN TENTERA ISRAEL 27DEC08 -
Mon Nov 02, 2009 7:37 pm by eXcLuSivelY jUncTion

» aku menyanyi riang
Thu Oct 01, 2009 9:37 pm by amyhotstuft

» Lagu2 ciptaan saya
Fri Aug 28, 2009 12:16 pm by Askry

» sang by mr_haziQ pa komen
Mon Aug 24, 2009 11:31 pm by lil_peas

» Pose CUTE Kucing ANDA
Sun Jul 26, 2009 5:35 pm by amyhotstuft

» tok lagu ku ngan mambang records...komen k...
Thu Jun 25, 2009 9:27 pm by mr_haziQ

» ``a.S.W.L~~~
Wed Jun 17, 2009 10:19 am by soundpill

» LElagu baru Cptaan Asry esm
Mon Jun 15, 2009 4:37 am by ellienized

» Bakat saya
Mon May 25, 2009 7:15 pm by ellienized

» AKTIVITI KAMI
Sat Nov 29, 2008 2:57 pm by Admin

September 2017
MonTueWedThuFriSatSun
    123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930 
CalendarCalendar
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Top posters
ღMyaMyaღ
 
sera_pink
 
soundpill
 
amyhotstuft
 
yummez
 
mr'apple
 
lil_peas
 
mr_haziQ
 
JokeY_Mahal
 
chee``
 
Poll
::BILA RINDU PADA SI DIA...APA REAKSI KORANG?
1. Layan lagu d berik oleh nya dgn kitak org
10%
 10% [ 7 ]
2. Diat gambar nya / gambar kitak 2
13%
 13% [ 9 ]
3. Peluk barang d berik oleh nya
6%
 6% [ 4 ]
4. Koling / sms dgn nya
70%
 70% [ 47 ]
Total Votes : 67
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 16 on Mon Nov 24, 2008 4:01 pm
Statistics
We have 293 registered users
The newest registered user is Kimberly.ymca@usa.com

Our users have posted a total of 70309 messages in 1041 subjects
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search

Share | 
 

 Bakat saya

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
ellienized
Murid Darjah 3
avatar

Female
Number of posts : 532
Age : 30
Location : ammm... kat sitok jak
Job/hobbies : tukang tangga
Humor : nonsensism, repartee
Reputation : 0
Registration date : 2008-09-22

PostSubject: Bakat saya   Thu Jan 15, 2009 5:53 pm

Ammm...errr... Saya mok mintak maaf terlebih dolok sebab takut post yang dihantar tok sik mematuhi syarat2. Bakat saya adalah menulis, tapi sik la terer gilak. Jadi untuk sik mok cakap panjang2, silala baca hasil tulisan karya saya. Tapi mun sik mok baca pun xpa, x paksa eh!

BABAK 1: Penyelamat Cinta

Kenak kita perlu jatuh cinta? Apa guna cinta? Cinta ya boleh dimakan atau boleh mengenyangkan perut yang tengah lapar ka? Bolehka cinta ya menyiapkan assignment-assignment yang diberik olehlecturer? Boleh ka cinta menyelamatkan nyawa kita bila keadaan mencemaskan berlaku? Katakan ada kebakaran? Atau gempa bumi? Adakah seorang pahlawan cinta akan muncul untuk menyelamatkan kehidupan manusia yang diancam bahaya? Sailormoon ya sik kira la sebab nya fiksyen. Gaban pun sama. Cinta ya memang aku dari dolok sik faham apa kebenda sebenarnya. Sebab aku sik pernah jatuh cinta. Tapi aku suka ngan Mee Sedaap, boleh jadi aku dah jatuh cinta ngan Mee Sedaap ka sik? Hah! Istilah cinta pada zahirnya aku fahamlah sikit-sikit. Sebab aku cinta ngan mak bapak aku. Ngan dak adik-beradik, dak kazen-kazen, makcik pakcik, dan sanak saudara keluarga semua. Tapi cinta yang sempurna, hanya lahir kat cerita-cerita lam tv, drama-drama, filem-filem, tayangan gambar dan lirik lagu. Ataupun dalam novel-novel yang banyak dijual kat kedei buku nun. Walaupun camya, sik semestinya aku sik pernah nangga cerita cinta atau baca buku-buku cinta. Sebenarnya, aku minat. Banyak drama cinta dah ku tangga. Sik kira drama melayu ka, cina ka, jepun ka, korea mahupun orang puteh mpun. Gia juak ngan buku. Banyak dah novel cinta yang aku beli. Hmm, sik sangka aku buang duit meli barang yang aku kurang percayak lam hidup tok.

Soulmates? Ada ka? Boleh percayak ka? Heh! Aku bukan nak ngoje atau perli lam bahasa Malaysia madah. Ei! Mun jak semua orang akan temu ngan teman hidup yang serasi lam setiap apa pun, sik kanlah banyak orang bercerai. Camne gik ngan kes curang? Berkelaie siang malam sik kira jam. Masa bergerek ukan main gik bersayang-sayang, I love you, you love me, don’t leave me! Tapi bila dah ada anak, masing-masing perlu ada komitmen terhadap dirik sendirik ngan orang lain, ada kerjaya semua, situasi mulalah bertukar. Macam satu kitaran, kedak kitaran hidup nyamuk yang kita belajar lam subjek sains masa tingkatan 3. Yang pasti, semuanya akan habis, hilang, musnah, atau mati ujung-ujung kelak. Mintak maaf mun ada yang terasa tapi memang dah kenyataannya macam ya. Mungkin sik semua, tapi selagi adanya orang bercerai-berai samada dah berkahwin ataupun belum, terbukti yang sik semua cinta akan berjalan dengan licin.

Aku sik pernah menghalang atau mengatakan sik untuk menerima kehadiran cinta dalam hidup aku. Aku sebenarnya takut. Takut untuk memberikan komitmen. Aku takut aku akan mencacatkan apa yang orang padah cinta sejati. Contohnya, aku mungkin dah bertemu ngan pasangan jiwa yang paling secocok. Tapi disebabkan masalah aku yang susah nak komitmen, mungkin kamek duak sik akan bertahan dalam jangka masa yang panjang. Aku tok ada sigek perangei yang kurang bagus. Mesti ada jak salah orang yang aku akan nampak. Entah la juak pahal ka pe’el aku cam ya gilak. Tapi mun salah aku mpun sik gik aku pande nak perasan. Sigek gik, cinta sik pernah suka ngan aku. Walaumacam ne pun aku ncarik nya, nya sik maok ngagak aku. Ha! Bukan aku jak takut ngan cinta, cinta pun takut sama ngan aku. Isn’t that great?

Aku sebenarnya masih belajar. Ambik jurusan yang mungkin aku minat, atau mungkin juak aku sik minat? Apa ka reti ya? Jurusan Sains Komputer, majoring dalam bidang rangkaian. Minat aku adalah pada keajaiban internet sebenarnya. Internet adalah sebuah keajaiban sebab bagi seorang pelajar macam aku, internet ya sik ubah kedak sebuah perpustakaan besar yang mengandungi bermacam-macam maklumat, samada maklumat yang di ingini ataupun yang sik di ingini. Tapi jurusan yang aku ambik ya iaitu rangkaian sebenarnya indah khabar dari rupa. Sik semestinya ambik rangkaian aku terus dudok ngadap komputer, melayari internet sepanjang hari. Huh! Cantek na juak hidup mun kedak ya. Miak kecik pun maok. Nendaknya, kinek tok miak darjah 3 gik dah ada akaun friendster, myspace, facebook etc. Berbalik pada subjek asalnya, bila ambik rangkaian, aku bukan jak perlu belajar tentang jenis-jenis rangkaian yang ada lam dunia tok, tapi perlu juak belajar pengaturcaraan, sejarahnya, dan macam-macam lagik yang aku sik perlu nak terangkan dengan terperinci.

Yang penting sekarang tok, aku perlu menyiapkan assignment yang diberik oleh lecturer aku yang sorang tok. Nya sik pernah lupak dengan nama orang yang gagal menghantar assignmentnya yang dah diberik tempoh untuk disiapkan. Kamek orang lam kelas ada gelaran untuk nya. Mr. Frankiestein. Sebab namanya Frankie Gomez. Mun ada jak student yang lambat hantar walau seminit pun, siaplah nya. Bercucuran aik mata bila nya nangga carry mark keluar sebelum final exam. Nya ajar subjek e-commerce. Antara subjek yang aku minat juak la. Tapi sik la gilak. Aku masih dalam tahun freshman. Agik honeymoon kata orang. Hehe. Aduh-aduh fening juak kepalak aku. Dateline dah nak dekat, aku lom sampei setengah gik siap.

Aku yang tengah dudok ngadap komputer sambil terpikir-pikir pasal apa yang aku mok polah sak assignment aku sik hampeh, tetiba jak hilang idea bila nengar tepon aku berbunyi. Nasib bait ringtone kacak. Sik jadi aku manas. Tangga kat skrin tepon, ada mesej dari Deana, coursemate aku.

Hi Tika, leh tanya tak? Aku nak buat gambar kapalterbang
guna photoshop tapi x cantek la. Nak letak dalam aku nyer flash.
Kau free x?

Ooo…Rupanya nak mintak tolong. Aku sik la terer gilak guna photoshop. Tapi entah kenak miak kelas aku suka mintak tolong aku mun ada kenak mengenak dengan aplikasi pengeditan gambar yang aku sik pernah lejuk make. Bukan aku jak terer, hampir setengah daripada miak lam kelas aku terer merer jak guna photoshop. Yalah aku heran benar. Kenak daknya ambik course networking mun terer lam bidang multimedia? Bagus gik ambik bidang yang daknya memang dah lihai nak? Tol sik? Tapi rata-rata daknya bila ditanyak soalan ya, semua jawab sebab bidang ya sik berapa nak cerah masa depan. Hmm…Entahla mena ka sik. Aku pun sik tauk.
Aku pun tekan reply.

No problem beb! Aku nk siapkan assi aku dlu bru aku
dpt pegi. Slagi x siap keje ni alamat kt kerusi ni
ler aku hidup. Nanti aku alert ngko klau dah siap.

Pheww! Susah na juak bila banyak gilak benda nak disiapkan. Kadang-kadang bisa juak palak dipolahnya. Jadi student tok, memang sik dapat nak enjoy. Boleh ya, bolehla tapi sik dapat nak enjoy setiap masa kedak zaman tingkatan 1 sampei 5 dolok. Dahla perlu hidup berdikari. Nyesah baju sendirik, jemur kain, angkat kain, lipat kain…hmmm. Time dudok kat rumah sik perlu bingong hal ya. Semua orang rumah yang buat. Jangan harap dapat polah kedak ya juak bila kat U. Nak makan? Terpaksa beli. Bila dah kemarau a.k.a pokai, mulala start pesta mee segera. Sampei ada yang patah 4 sigek bungkus mee segera, untuk sarapan, makan tengahari, minum petang, ngan makan malam sekali. Sian…
Entah pine, idea aku datang mencurah-curah lepas aku mereply sms yang Deana berik. Aku pun mula timbul ilham untuk merekabentuk laman web yang paling ideal untuk menjual barang secara online.Aku memilih untuk menjual album lagu. Harap-harap Mr. Frankiestein kita ya sik boring ngan assignment aku tok. Lepas hantar, kamek orang perlu buat perbentangan. Aaaarghhh!! Sekarang tok kamek orang perlu menyiapkan proposal dan siapkan semua storyboard yang ada dalam laman web yang akan aku buat.




Last edited by ellienized on Wed Jun 30, 2010 2:57 am; edited 8 times in total
Back to top Go down
View user profile http://www.facebook.com/people/Nora-Suella/827434056
ellienized
Murid Darjah 3
avatar

Female
Number of posts : 532
Age : 30
Location : ammm... kat sitok jak
Job/hobbies : tukang tangga
Humor : nonsensism, repartee
Reputation : 0
Registration date : 2008-09-22

PostSubject: Re: Bakat saya   Thu Jan 15, 2009 5:57 pm

Keesokan harinya, aku jadi kelam kabut sebab bangun lambat. Aku masuk tidur lebih kurang pukul 2.30 pagi. Aku ada kelas pukul 8 pagi dan aku bangun pukul 7.30 pagi. Disebabkan aku dah betul-betul lambat hari ya, baju yang biasanya aku sesah masa mandik di tandah jak dalam besen. Lantak nya lah sia, janji aku sik sampei lambat ke kelas. Perkara yang paling teruk yang aku sik ingin berlaku adalah bila semua orang dah ada dalam kelas, dan aku merupakan pelajar yang paling akhir masuk. Aku sik suka bila semua kepalak menoleh kearah aku dan aku pun mula menjadi perhatian semua manusia kat dalam kelas ya. Ok, aku toleh agik jam kat dinding. Dah pukul 7.40 pagi. Alamak! Perjalanan dari asrama ke kampus tempat kuliah aku ambik masa 10 minit. Aku dah senggaut gilak alu ambik jak la roti paon kosong sigek. Makan jakla sambil berekot-ekot anak nunggu bas amik. Bila bas sampei, aku pun cepat-cepat masuk lam bas. Aku nangga ngak berapa orang jak lam bas. Adeh! Nang lambat na la dah juak aku tok. Nait jak atas bas ya aku rasa lain macam. Seolah-olah orang suma merati aku. Ada ya kedengaran macam bunyi sora orang ketawak-ketawak kecik. Tapi aku sik lalek. Mungkin daknya tetak benda lain. Aku pun ilek jak la. Tiba-tiba jak miak yang duduk sebaris ngan tempat duduk aku negur.

“Err, sorry. Awak tak perasan ke baju awak tu koyak?” lalu nya nunjuk kat baju aku. Bila nya nangga aku cam blur jak bila nya madah kedak ya alu nya madah gik kat sine tempat kejadian berlaku.

“Err, kat bawah ketiak...”

Aku diat mukanya merah. Mungkin nya rasa malu sebab nya tertangga kawasan yang terkoyak ya. Nang dah nasib aku cam sial benar hari ya. Semua orang nangga ketiak aku bila aku megang tempat orang berdiri ya masa aku carik tempat dudok. Sial! Bila aku perasan, serta-merta aku harap ada sigek lubang besar pake aku masuk dalam ya dan sik keluar-keluar agik. Aku sik tauk muka aku merah ka sik tapi aku tahan jak perasaan malu aku dan buat muka cam sik tauk apa-apa. Sial!

Miak yang dudok sebelah aku mala jak tertoleh-toleh. Ya Rabbi! Rasa macam nak ku patah jak tengkok miak ya. Munlah aku bukan dari kaum yang lemah, dah lamak aku molah kedak ya. Aku nak jelingnya garang-garang tapi aku masih rasa malu sebab kejadian baju bisak kat bawah ketiak.

“Err...kalau tak salah, kita sama kelas kan?” miak yang aku cadang mok bunuh secara perlahan-lahan dan kejam ya tang ada jak nanyak aku.

“Awak student networking part 2 kan? Pagi ni ada kelas Internet Programming Mdm. Zahara kan?” sambungnya lagik bila nya nangga aku diam jak.

“Aih? Betullah! Alamak...” tercengang aku sekejap bila aku perasan yang aku kenal miak tok. Memang nya sekelas ngan aku. Tapi aku sik tauk namanya.

“Aduh! Apahal la aku tok malang gilak aritok!” sik perasan la aku yang ayat ya terkeluar secara sik sengaja dari mulut. Aku rasa miak yang aku cadang mok bunuh secara perlahan-lahan dan kejam ya tek terdengar apa padahku.

“Amm, sorry tek sik sengaja tertangga tempat yang sik patut. Tapi ktk tek ngangkat tangan betul-betul kat kawasan yang kmk boleh tengok, sorry,” Aik? Sama spesies duhal. Tapi aku masih takut-takut nak kakar ngan nya sebab efek malu masih jelas terasa. Jadi aku diam jak la dan tunduk muka.

Akhirnya, bas yang aku nait ya sampei juak ke destinasi. Cepat-cepat aku ngagak kelas sebab aku dah lambat. Sepanjang hari aku sik ngangkat tangan sebab takut orang nangga ketiak aku. Nasib bait kawan-kawan aku sik heran dan perasan dengan situasi aku yang mencemaskan ya. Dalam hati aku tertanyak-tanyak, sine pegi penyelamat cinta? Aku perlukan seorang superhero cinta untuk menyelamatkan aku dari keadaan sekarang tok!



=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=


Malas nak balit ke bilit asrama, aku pun lepak kat perpustakaan. Tapi walau camnepun aku cuba nak concentrate ngan entah apa-apa yang aku tengah baca, sigek kebenda pun sik masuk lam palak otak. Mungkin sebab apa yang ada lam palak otak aku nek tok adalah kejadian yang berlaku masa aku kat cafe tengahari tek. Malu aku malu! Sik abis-abis nasib malang ngekot aku hari ya. Mala jak aku mengulang-tayang peristiwa ya secara mental. Tulah mena!

Masa kat cafe tadik, aku tengah makan. Tapi dalam masa aku makan ya, kawan-kawan aku datang ke sia nak makan juak. Daknya sik diat aku dudok sorang-sorang kat sia. Cuba-cuba juak aku tunggah, sik juak nengar-nengar. Entingal alu jak telinga nya orang tok. Aku malas nak lambei-lambei sambil nunggah sidak nya agik jadi aku ambik keputusan mok angkat dan angkut kalik tapak ngan aik aku pindah ke meja sidak orang. Tapi kuatan aku nak lekas sik nangga agik bila aku noleh sambil mengangkat aik sejuk ngan tapak nasik campur dan BAM! Cuba tekak apa yang terjadi? Sik... bukan aku bunuh orang. Tapi aku mungkin akan terbunuh. Aku dapat rasa momentum perlanggaran antara aku ngan subjek yang kenak langgar dan kebasahan sebab aik aku terpancit ke arah baju subjek tersebut. Walaupun aku dapat rasa, tapi aku sik lihat bila masa berlanggar dan terpancitnya aik aku rah nya sebab aku nutup mata. Perlahan-lahan aku bukak mata. Semua orang kat cafe diam, bak kata orang, macam ada malaikat limpas. Kawan-kawan aku yang dari tidak sik perasan aku nunggah sidak akhirnya sedar aku ada kat sia juak. Kenaklah aku lahir kat dunia tok hanya untuk mengalami peristiwa hitam camtok.


=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=


Waktu aku masih kecik dan kiut marek, aku ada sigek cita-cita. Boleh dikatakan cita-cita aku ya agak suci dan murni sebab aku sik sedar betapa susahnya mok mencapai cita-cita ya. Cita-cita aku adalah mok jadi ahli Astronomi yang terkemuka di negara. Aku selalu baca buku kat perpustakaan, tentang Galileo Gallilei, tentang Isaac Newton, tentang banyak ahli-ahli astronomi ngan ahli-ahli sains pada masa dolok. Tapi aku sik tauk yang perjalanan yang perlu diambik untuk sampei ke sia adalah sangat-sangat susah. Bukan susah sekali ajak, tapi susah berkali-kali. Perlu lulus Fizik, Add Math, Kimia... Aku sik salahkan sistem pendidikan kat negara kita tapi memang dah pia. Mok menceburi bidang sains? 3 subjek ya perlu diuruskan terlebih dahulu. Malangnya, kecekalan aku sik cukup. Lulus, luluslah juak, cukup-cukup makan kata orang. Jadi disialah bermulanya persimpangan jalan dalam hidup aku. Aku mula sedar yang hidup tok kadang-kadang sik seperti yang kita rancang. Cita-cita suci lagi murni ya mula kabur lalu secara sedikit-sedikit terkikis dari hati. Tapi aku sik putus asa. Aku pergi jak ke sine tempat angin niup aku. Dan akhirnya! Aku terpelanting ke sitok... sebagai seorang pelajar sains komputer, majoring lam bidang networking, memegang setapak nasik campur ngan gelas aik sejuk yang hampir setengah kandungannya dah ditransfer ke baju Mr. Frankiesten...


Last edited by ellienized on Wed Jun 30, 2010 2:57 am; edited 6 times in total
Back to top Go down
View user profile http://www.facebook.com/people/Nora-Suella/827434056
ellienized
Murid Darjah 3
avatar

Female
Number of posts : 532
Age : 30
Location : ammm... kat sitok jak
Job/hobbies : tukang tangga
Humor : nonsensism, repartee
Reputation : 0
Registration date : 2008-09-22

PostSubject: Re: Bakat saya   Thu Jan 15, 2009 6:01 pm

Huhu...boh jerak. Tapi sigek soalan, mok sambung ka sik? Mun ada yang mok baca, bleh sambung. Tapi mun xda pun xpa. X paksa eh! Hehe!! Thanks!
Back to top Go down
View user profile http://www.facebook.com/people/Nora-Suella/827434056
yummez
Tingkatan 5
avatar

Female
Number of posts : 2939
Age : 35
Location : Senaik
Job/hobbies : nikam separ kat muka BUSH
Reputation : 2
Registration date : 2008-09-18

PostSubject: Re: Bakat saya   Thu Jan 15, 2009 10:49 pm

aiee..sambung jak..ada k baca.. hehehe... bgus k plah blog juak ya.. k baca d masa depan! hoho...
Back to top Go down
View user profile http://www.gila.kau
soundpill
Pengawas #KPGBANDONG
Pengawas #KPGBANDONG
avatar

Male
Number of posts : 4566
Age : 32
Location : SUZURAN
Job/hobbies : YAKUZA
Reputation : 1
Registration date : 2008-09-23

PostSubject: Re: Bakat saya   Fri Jan 16, 2009 8:54 am

owk..gus k plh blog ya... Very Happy

_________________
Back to top Go down
View user profile http://www.crows.com
ellienized
Murid Darjah 3
avatar

Female
Number of posts : 532
Age : 30
Location : ammm... kat sitok jak
Job/hobbies : tukang tangga
Humor : nonsensism, repartee
Reputation : 0
Registration date : 2008-09-22

PostSubject: Re: Bakat saya   Fri Jan 16, 2009 4:29 pm

Tapi tok fiksyen. Rekaan semata-mata. Xda kenak mengenak antara yang hidup atau yang dah ninggal
Back to top Go down
View user profile http://www.facebook.com/people/Nora-Suella/827434056
yummez
Tingkatan 5
avatar

Female
Number of posts : 2939
Age : 35
Location : Senaik
Job/hobbies : nikam separ kat muka BUSH
Reputation : 2
Registration date : 2008-09-18

PostSubject: Re: Bakat saya   Sat Jan 17, 2009 12:12 pm

YAH..rindok ati... terus kan jak nora ... kekeke.. da k baca mek org ..
Back to top Go down
View user profile http://www.gila.kau
Askry
Y.A.B Guru Besar KpgBandong
Y.A.B Guru Besar KpgBandong
avatar

Male
Number of posts : 290
Age : 36
Location : Rajang Park & Setosa Salim, Sibu
Job/hobbies : Tekan2 Keybod & Mouse
Humor : Juz be Cool
Reputation : 0
Registration date : 2008-09-19

PostSubject: Re: Bakat saya   Tue Jan 20, 2009 2:37 pm

mata saya eleng diat rona tulisan dan background yang sik sesuai.. sakit mata eh... mata mok jaga juak bah... terang skit rona font bleh kah... besarkan sikit font...

yabedabedu.. Cool

_________________
Back to top Go down
View user profile http://www.kodgitar.webs.com
Guest
Guest



PostSubject: Re: Bakat saya   Tue Jan 20, 2009 2:39 pm

xnampak ba....
Back to top Go down
ellienized
Murid Darjah 3
avatar

Female
Number of posts : 532
Age : 30
Location : ammm... kat sitok jak
Job/hobbies : tukang tangga
Humor : nonsensism, repartee
Reputation : 0
Registration date : 2008-09-22

PostSubject: Re: Bakat saya   Thu Jan 22, 2009 5:09 pm

Read at your own risk...ahahaa
Awok ba, tuka la tok
Back to top Go down
View user profile http://www.facebook.com/people/Nora-Suella/827434056
ellienized
Murid Darjah 3
avatar

Female
Number of posts : 532
Age : 30
Location : ammm... kat sitok jak
Job/hobbies : tukang tangga
Humor : nonsensism, repartee
Reputation : 0
Registration date : 2008-09-22

PostSubject: Re: Bakat saya   Thu Jan 22, 2009 5:11 pm

Lak rona background tuka terpaksa la tuka juak kaler font tok.
Keluar suma koding. Mun xpat baca gik xtaukla.
Back to top Go down
View user profile http://www.facebook.com/people/Nora-Suella/827434056
ellienized
Murid Darjah 3
avatar

Female
Number of posts : 532
Age : 30
Location : ammm... kat sitok jak
Job/hobbies : tukang tangga
Humor : nonsensism, repartee
Reputation : 0
Registration date : 2008-09-22

PostSubject: Re: Bakat saya   Fri Jan 23, 2009 6:36 pm

BABAK 2: SOUNDTRACK HIDUPKU
“Eh Deana! Siap dah ni! Takkan kau nak suruh aku siapkan flash kau sekali? Apalah!”
“Yelah! Taulah. Thanks! Cantik gak kapalterbang kau ni. Dua kali tengok, macam flying saucers plak,” sengih-sengih jak Deana bila aku ngeso kapalterbang yang aku buat. Miak tok aku kenal dari hari pertama minggu orientasi. Kamek duak sama kumpulan. Kamek orang kakar pia-pia lalu entah camne, sesi ice breaking menjadikan aku ngan nya berkawan. Kebetulan juak kamek orang kat kolej yang sama. Jadi bilit asrama aku sik jauh dari bilit nya. Aku tok jenis yang susah nak berkawan. Bukan nak memilih tapi sebab sifat aku yang sangat-sangat bebal nak nego orang jadi mungkin orang pikir aku gambong. Tapi sebenarnya aku langsung sik kedak ya. Bukan setakat bebal jak, pemalu juak gik ya jadi aku kurang bergaul ngan manusia lain. Boleh dikira untungla aku dapat kenal ngan Deana.
“Apasal kau tak nak join aku dengan Anne pergi tengok wayang Sabtu ni?”
“Ei, Sabtu lepas aku dah temankan korang main bowling. Sabtu ni aku nak relax plak. Ada berlambak assignment daa,” Deana perasan aku ngeluh lalu nya duduk sebelah aku, nak ngorek rahsia lah ya.
“Apasal kau ni? Ada masalah ke? Aku dengar petang tadi, ada insiden antara kau dengan Mr. Gomez? Betul ke? Apa yang jadik sebenarnya?” Yah! Memang aku dah jangka mesti nya nanyak soalan tok. Teman sebilitnya, Anne, diam jak tapi aku tauk nya pun pasang telinga juak, nak tauk cerita.
=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=
What’s wrong with you girl?! Don’t you see where you’re going?”Berdesing telinga aku bila nengar nya nanyak. Tercegat jak aku kat sia. Nasib bait tangan aku masih mampu megang tapak ngan gelas tanpa sebarang gegaran.
I’m very sorry sir! I didn’t know you were right behind me... I’m really really sorry sir,” kata-kata ya jak yang mampu aku pikir.
Never mind, it was an accident. Aren’t you in my class?
Yes sir! I’m in your class. I’m Atikah sir,” Rasa cam masuk tentera jak. Aku nangga Mr. Frankiestein ngambik sapu tangan lam kocek lalu ditekapnya rah kawasan yang terkenak aik tek.
Lucky that it’s just plain water. Well you better be more careful next time. In fact, I hope there won’t be anything like this ever happen next time. Why are you even up when you already sat there? Kids these days...”
Yes sir! I’m truly sorry sir, and I promise it won’t ever happen again sir,” Lepas dengar aku mintak maaf Mr. Gomez terus jalan. Aku nangga nya masuk lam jamban. Arrrgghhh!!!! Siaplah aku kelak lam kelas nya esok. No wonder orang nunggah nya Mr. Frankiestein...brrr...scary!
=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=
Sik mok mengulang kembali kejadian marek, aku tidur awal. Dalam pukul 6.30 pagi aku bangun dan terus berkemas sebab kelas aku bermula pukul 8 juak aritok. Dan kali tok juak aku pastikan mena-mena yang aku cek dolok baju-baju mahupun seluar yang aku nak pake agar sekda lubang-lubang atau kekoyakan-kekoyakan yang sik di ingini. Walaupun aku dah sedia nak menghadapi hari tok, tapi aku masih lom sedia nak ngadap Mr. Frankiestein. Aku tauk mesti nya akan ada buat sesuatu kat aku pake malas dendam. Mesti nya nak muas hati nya dikpun sebab nya tauk aku sekpat polah apa-apa. Nasib badan camne nak molah. Aku serah jak kat tuhan dan masang earphone dan menekan butang play kat iPod aku pake nenang ati sak sik takut gilak. Tauk sik lagu apa yang main? Lagu DugaanNya, tidak lain dan tidak bukan, dari Hujan...just perfect... Ceis!! Nampak ketarakah dilema di wajahku?
Mr. Frankiestein nampak segak bergaya hari tok. Mungkin nya nampak lebih hensem dari biasa sebab selamak tok nya sik berapa nak menyerlah gilak pada pandanganku. Harap-harap nya sik nangga aku dudok kat sitok yang rupa dah kedak kambing yang dikelilingi oleh serigala yang tengah ngidam daging kambing. Huhu. Of course doa aku sik dikabulkan oleh Allah sebab tetiba jak matanya menghala tajam ke arah aku. Tapi kejap jak la. Walaupun kejap tapi matanya kejam sekali. Kejam dan tajam Macam pedang saberlight yang diguna oleh Anakin Skywalker. Bila nya bukak mulutnya, rasa bergegar jak bilit kuliah sebab suara nya jak yang kedengaran.
“Pertama sekali, saya harap kamu semua dah siapkan proposal untuk projek individu kamu semua. Jangan lupa, hantar sebelum pukul 5 pada hari Jumaat ini. I will not entertain any of your request to submit any later than the date and time given. Are we all clear about that” Aku nangga sebilangan palak mengangguk-angguk dan sebahagian gik sik bergerak. Aku termasuk lam golongan yang meninjau-ninjau kepalak sidak lain.
So today, I will divide you into teams of two, for your next assignment. This is important. Jadi saya tidak mahu dengar sebarang komplen dari kamu semua. Also I’m not interested to know all of your partner bad habits. All I want is for each team to show their teamwork, whether you like or loathed each other,”Setiap dari kamek orang lam kelas ya masih sik berani nak bersuara.
I will give you topics, and you do a research on them. I will mark your work based on the content therefore do it well. So... any questions?
“Kalau semua dah faham, kita teruskan dengan bab yang seterusnya...” Dengan itu, bermulala kelas Mr. Frankiestein yang berlangsung selama sejam. Bila sejam dah berlalu, semua berduyun-duyun keluar. Mungkin sidak menyampah kot, sik tahan gik nak nangga muka Mr. Frankiestein. Tapi aku tauk, sidak semua berebut-rebut nak nangga siapa partner daknya pake assignment kelas tek. Mr. Frankiestein dah staple kertas yang mengandungi nama-nama pelajar yang akan digandingkan dengan satu sama lain kat luar bilitnya. Ai Ling, kawan sekelas aku ngajak aku sama nangga jadi aku pun ngekot nya. Kira tek nak nunggu sidak lain balit lok baruk la aku pegi nangga. Tapi sekpalah. Bila sidak geng-gengku yang lain nangga nama sidak, ada yang suk, ada yang geram, tapi ada juak yang sengih-sengih. Aku pun mula rasa nak tauk juak jadi aku carik nama aku pun. Atikah bt Elias... dan partner aku adalah... Arrrggghhh!!!! Miak yang paling gedik lam kelas, Suriani. Kawan-kawan aku yang lain suma nangga aku. Cam sik cayak jak aku di engkah sigek kumpulan ngan miak gedik ya. Adoi!
Masih bengang, tapi apa leh buat. Bukan salah Mr. Frankiestein, tapi salah keluarga Suriani yang menggalakkan berlakunya kegedikan pada dirik anak sidak. Sekali gik, aku masang earphone pasya terus press play. Dan lagu yang main adalah...Sexy back?I’m bringing sexy back...yeah! Huhu. Sorry Justin, I love you and all, but not right now. Ruin mood na juak lagu Justin ya tek. Jadi aku press next. Lagu Clocks dari Coldplay. Oklah ya. Kedengaran Chris Martin bertanyakan, am I a part of the cure, or am I a part of the disease? Sorry Chris, I don’t have an answer to that cause I’ve been asking the same question for myself too. Agik ada sejam gik nak ke kelas yang seterusnya jadi kamek orang cadang nak lepak kat cafe jak sambil minum-minum dan bual-bual kosong.
Berlalunya sehari, maka tambah gik la amaun assignment yang diberik oleh pensyarah-pensyarah kesayanganku suma. Nasib bait kebanyakannya dah siap. Cuma proposal Mr. Frankiestein jak gik yang lom siap abis. Dah nak siap sebenarnya tapi last-last minit aku tukar gik apa yang aku nak jual. Aku tukar dari jual muzik jadi jual kain. Hmm...Bukannya benar pun ba. Olok-olok ajak ya. Ambik gambar kain, ngkah lam website, abis cerita. Asal website aku ya clean and interesting, sekda masalah. Dan 2 jam kemudian, abis juak kertas proposal aku ya. Fuh! Mencabar juak rasa nak nyiap proposal. Lom gik molah the actual website gik. Ahh!! Malas nak mikir ya dolok. Dah siap proposal siap la hoh? Hal molah website dudi cerita. Lalu aku pun tutup Microsoft Word dan bukak Yahoo! Messenger. Masa untuk online! Yes, line bagus hari tok. Tangga list kat ym, geng aku, Alieya ada online. Tapi nya dolok yang buzz.
aBeautifulLIEya: buzz!
ciputcedut21: buzz!
aBeautifulLIEya: Pa crita tek ucek? Lmk x online? x bayar bill ka apa?
ciputcedut21: bz. Gago ku kt ctok ai! Tauk jak kau, awal2 sem tok
ciputcedut21: mcm2 jak assignmnt dbrik. Kau tek pa polah? Ok rah cnun?
aBeautifulLIEya : ku pun gago juak. Tapi gik dpt nak ilek la
aBeautifulLIEya : sebab dah x blaja lam kelas gilak.
aBeautifulLIEya : tinggal nak praktikal jak gik. Yala x tauk cne daknya anta lak
ciputcedut21: Bestnya kau. Dah nak abis dah training.
ciputcedut21: bila dh abis training trus dpt keja.
ciputcedut21: aku tok lom tauk gik da keja ka x kuar tok lak.
ciputcedut21: kali ka menganggur sepenuh masa.
ciputcedut21: Sian na juak aku ngan aku mpun eh
aBeautifulLIEya: sapa soh kau gi sia marek!
aBeautifulLIEya: Aku ngembak sama blaja kat ctok xMOK!
ciputcedut21: ai, dah xda rezeki camne nak molah? Blaja jak kau mena2 sia
ciputcedut21: ne tauk, mun kau dah kaya lak leh ngembak aku diam sama
ciputcedut21: kau tanggung semua bil2 aku. Mudahan jak kau kaya lak hoh?
aBeautifulLIEya: Auk lah ya. X ingin aku. Nginang pusak nyaman gik kali.
aBeautifulLIEya: aku dah jerak ngan kau.
aBeautifulLIEya: bagus kau berlaki jak mun xpat keja. Haha!
aBeautifulLIEya: Carik laki kaya oi! Senang idup lak u!
ciputcedut21: ok, aku ada soalan untuk kau, sapa hensem agik
ciputcedut21: Obama ka Pak Lah? XD
Malam ya, aku ber’ym’ ngan geng ku ya sampei pukul 1 pagi. Sekpa la sebab kelas start akhir. Sebelum tido, sempat juak aku bukak buku. Bukan nak muji dirik pun pelajar mithali, tapi aku benar-benar mok lulus dengan ‘kaler berterbangan’ semester tok. Lepas baca lebih kurang lam setengah jam, mata aku ada dah rasa ngantok, aku pun ngambik iPod dan sekali gik masang earphone ke telinga. Mengharapkan lagu ya dapat membuai aku tido. Tauk sik lagu apa main? Lagu Bebas, tidak lain dan tidak bukan oleh band yang paling aku minat kat Malaysia tok, Butterfingers. Sejuk ati aku nengar... Biar apa pun yang terjadi, saya tetap di sini, menghapuskan dilema ini... Bilala aku nak bebas...!?!?
Back to top Go down
View user profile http://www.facebook.com/people/Nora-Suella/827434056
mr_haziQ
Tingkatan 4
avatar

Male
Number of posts : 2275
Age : 30
Location : sibu
Job/hobbies : chef
Humor : :)
Reputation : 0
Registration date : 2008-09-19

PostSubject: Re: Bakat saya   Fri Jan 23, 2009 8:07 pm

besh2 ilike :5:


Last edited by mr_haziQ on Sun Jan 25, 2009 10:53 pm; edited 1 time in total
Back to top Go down
View user profile http://www.friendster.com/ringgopie
mr_haziQ
Tingkatan 4
avatar

Male
Number of posts : 2275
Age : 30
Location : sibu
Job/hobbies : chef
Humor : :)
Reputation : 0
Registration date : 2008-09-19

PostSubject: Re: Bakat saya   Fri Jan 23, 2009 8:08 pm

:werkk: cheers :rendeer: :rendeer: :arsenal: :lopp: :cungek: :mad: :kiuut: :nanite: :babii: :babi: :ho: :aduhh: :1112w1:


Last edited by mr_haziQ on Sun Jan 25, 2009 10:51 pm; edited 1 time in total
Back to top Go down
View user profile http://www.friendster.com/ringgopie
yummez
Tingkatan 5
avatar

Female
Number of posts : 2939
Age : 35
Location : Senaik
Job/hobbies : nikam separ kat muka BUSH
Reputation : 2
Registration date : 2008-09-18

PostSubject: Re: Bakat saya   Fri Jan 23, 2009 10:49 pm

aieee..ajik tuk... bukak topik baru...ha ha ha ... jgn kco topic nora.. akhekahekahek...
Back to top Go down
View user profile http://www.gila.kau
ellienized
Murid Darjah 3
avatar

Female
Number of posts : 532
Age : 30
Location : ammm... kat sitok jak
Job/hobbies : tukang tangga
Humor : nonsensism, repartee
Reputation : 0
Registration date : 2008-09-22

PostSubject: Re: Bakat saya   Fri Feb 06, 2009 4:42 pm


BABAK 3: KEMBALI

Nak dikatakan aku gembira adalah satu understatement atau pembohongan yang sangat besar. Bukan setakat excited jak, aku nektok penuh ngan perasaan kegembiraan yang teramat sangat, tahap dewa kali. Tek mak aku tepon. Nya dah beli tiket pake aku balit cuti tahun baru cina seminggu. Bagusnya! Memang aku perlukan break. Walaupun assignment membukit banyaknya, aku sik kira, aku mok balit juak! Selalunya sorrylah nak dapat balit Sibo sebab mun sik tiket mahal mesti sekda seat agik. Tapi tek cun juak dak family aku cek ada tiket murah lalu sidak beli. Kelak daknya kirum tiket pake pos ekspres. Cuti start Isnin minggu depan. Tiket balit hari Ahad. Hari tok dah hari Khamis. Jadi tinggal 3 hari gik nak balit. Uih! Sik sabar rasa eh. Aku itok gilak nak balit sebab aku datang sitok aria awal seminggu. Walaupun bok start kelas, tapi aku masih nak balit juak. There’s no place like home.

Balit tok lak, aku nak nangga tv puas-puas. Aku nak main game puas-puas. Mok rilek puas-puas dan mok jalan puas-puas. Biarlah aku nyesal puas-puas kemudian sebab sik siap assignment. Biarkan aku!... Tengah syok-syok berangan tek tetiba jak tepon aku berbunyi. Tangga kat skrin, nombor Suriani jadi aku pun sautlah.

“Hello?” kedengaran suara miak nama Suriani ya.

“Hello?” aku pun tanyak balit.

“Atikah! Esok lepas kelas En. Badar, kita jumpa yek! Sebab lepas kelas dia takder kuliah for another 2 hours. Where shall we meet?”

“Amm...nanti esoklah tengok kat mana bincang. Kat library kot? Lagi senang nanti kalau nak cari maklumat,”

“Mm yelah! Bincang kat library yek. K tu jer. Jumpa esok. Bye!”

“Ok, bye,” lepas nya tutup tepon nya bok aku tutup aku pun.

Aku diat jam, bok pukul 9. Tek leka aku nak nyiap proposal aku lom semayang Isyak gik lalu aku pegi semayang. Abis jak solat, aku rasa lapar jadi aku nak ngembak roommate aku, Yasmin temankan aku pegi beli burger kat cafeteria. Bila aku nangga roommate aku gik gago study sik jadi aku ngaco nya. Miak ya nang sikpat dikaco mun tengah study. Gikpun tek nya madah ada sigek kelasnya molah test esok. Aku pun turunlah sorang-sorang. Bukannya sik biasa, memang dah selalu pergi beli burger sorang-sorang mun lapar waktu malam. On the way nak balit ke bilit asrama, tauk sik aku terserempak ngan sapa? Miak yang aku sik sangka-sangka akan jumpa balit. Miak yang aku cadang mok bunuh secara perlahan-lahan dan kejam ya dolok. Nampak cam nya ngan kawannya sorang mok pegi ke cafe. Ada juak aku nangga nya dalam kelas tapi biasanya nya ngan geng-gengnya yang lain dudok kat bahagian belakang bilit kuliah. Jadi aku sik perasan nya gilak dan aku masih lom tauk siapa namaya. Bila aku nangga nya cepat-cepat aku langkah kaki dan tunduk jak palak takut nya nangga aku juak. Aku sik tauk nya perasan aku ka sik sebab gelap juak time ya tapi aku teruskan jak berjalan laju-laju sampei nyaorang sik kelihatan agik. Phew!

“Kau pegi cafe ke tadi Tika?” tanyak Yasmin bila masuk jak aku dalam bilit.

“Yap. Nape? Kau nak beli burger jugak ke tadi? Sorry aku ingatkan kau tak nak ikut aku sebab kau tengah study tadi,” alah, siannya miak tok. Duhal nya nak makan juak. Mun tauk tek siklah aku pegi sorang-sorang.

“Tak, aku dah makan dah tadi, tapi bile aku cium bau harum burger kau tu, teringin lak!” katanya sambil tersengih. Aku sengih balit.

“Kau nak ke? Kalau kau nak, aku boleh tolong temankan pegi beli jap. Nanti kempunan lak,” secara selamba jak aku mengofferkan dirik.

“Eh? Ye ke? Tak letih, tadi baru je sampai,”

“Iyelah! Jom!” Uh oh! Sebelum aku tersedar yang aku dah mengoffer dirik pegi ke cafe, aku sik ingat yang miak yang aku cadang mok bunuh secara perlahan-lahan dan kejam ya mungkin masih ada kat cafe. Adoi! Apa leh buat, aku dah nak neman si Yasmin tok tek. Sik ingat alu jak aku. Sampei kat cafe mala jak aku ngecek-ngecek kirik kanan ne tauk terserempak gik ngan miak yang aku paling last sekalik nak terserempak dengan. Sekda aku nangga kelibatnya, senang hati aku. Tapi nasib memang selalu sik mok geng dan menyebelahi aku. Dari jauh kedengaran suara orang nunggah nama Yasmin. Kamek duak pun noleh ke arah suara ya. Terkejut beruk na aku bila nangga yang kawan kepada miak yang aku cadang mok bunuh secara perlahan-lahan dan kejam ya duhal yang nunggah. Daknya pun ngagak kamek duak. Mok sik mok aku pun tercegat jak kat sia sebelah Yasmin.

“Yas! Kau belum makan lagi ke?” tanyak kawan kepada miak yang aku cadang mok bunuh secara perlahan-lahan dan kejam dan sekarang tok kawan Yasmin juak.

“Aku nak stay up malam ni. Kau pun tau kan esok ada exam. Ni bekalan makanan aku malam ni la,” jawab Yasmin. Pande mena miak tok bulak. Selamba dek jak mukanya madah kedak ya. Tapi aku diam jak sebab sekarang tok aku terkepit dalam situasi yang kurang best. Situasi aku sekarang tok adalah, aku dengan Yasmin tengah kakar ngan kawan kepada miak yang aku cadang mok bunuh secara perlahan-lahan dan kejam. Yasmin perasan yang aku sik selesa tapi nya masih kakar ngan kawannya ya. Aku ingatkan nya nak mintak dirik tapi si Yasmin tang ada jak mengintroduce aku ngan kawannya ya. Si Yasmin tok memanglah.

“Ni la Zarif, yang selalu aku cerita kat kau. Zarif, ni teman sebilik aku, Atikah,”

“Hello! I Zarif, kawan sekuliah dengan Yasmin” Zarif pun nunjuk tangannya rah aku. Aku pun nyambut salamnya.

“Dan ni pulak, roommate I, Raqib,”

“Hello. The name is Raqib,” kata miak yang aku cadang mok bunuh secara perlahan-lahan dan kejam ya sambil ngulur tangan tanda berkenalan. Duhal namanya Raqib. Senang sikit aku nak nunggah. Ne alah nak madah ‘miak yang aku cadang mok bunuh secara perlahan-lahan dan kejam’ seranto-ranto.

“Nice to meet you guys, well, we should go right, Yas? Kan tadi tengah study?” aku cuba nak blah dari sia sebab sik mok lamak-lamak ngan sidak duak ya. Yasmin nangga aku semacam tapi cepat-cepat nya madah bye juak. Lalu kamek duak pun berjalan keluar dari cafe. Walaupun aku sik nampak, tapi aku dapat rasa yang mata sidak duak ya agik nangga kamek orang. Brrr...meremang rambut kat tengkok aku.

“Nape kau ni Tika? Lain macam je aku tengok. Muka pucat lak tu. Macam nengok hantu jer. Ada langsuir ke tadi?” eee, mulut miak tok nang mintak di wasabi na.

“Kau tengok tak kawan Zarif tu tadi? Hensem gak kan? Aku sebenarnya tengah carik jalan nak ushar budak tu. Kalau tak silap, dia dari Sarawak la beb. Sama ngan kau gak,” Pulak dah... duhal miak tok ada hati ngan si Raqib ya. Tapi nang mena padah Yasmin. Cuma aku sik pikir nya hensem, aku anggap nya kiut jak. Bolehla...

=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=

“Eh? Nape mata kembang ni?” tanyak Suriani bila nya datang ngagak meja tempat aku dudok. Aku nunggu nya kat library macam yang dah dijanji kamek duak marek. Mata aku kembang bukan sebab sakit mata, tapi sebab sik cukup tido. Sehari-hari aku terkenang nak balit rumah. Jadi aku pun ngemas dak baju-baju yang aku nak ngembak pake pulang lak. Walaupun tinggal 2 hari gik nak balit.

“Takde, malam tadi tak cukup tidur,” jawabku simple.

“Lama dah tunggu? Sorry tadi ada hal kejap,” aku geleng jak palak padahal aku nunggu nya dekat nak sejam. Malas nak menjejaskan mood aku yang masih suk nak balit rumah jadi aku sik madah apa-apa. Sementara nunggu minah tok tek, aku sempat carik maklumat kejap.

“Tadi dah dapat cari sikit maklumat ni. Awak plak tolong carik yang ni,” aku brik buku-buku rujukan yang dah aku temu tek.

“Banyak jugak ye? Nasib baik hantar lepas cuti chinese new year ni. Yang dapat cari dekat internet, nanti kita kumpul yek?” tanyak nya sambil membelek-belek mukasurat buku-buku yang aku brik.

“Ok. Tapi, aku takde kat sini cuti ni. Aku balik Sarawak. Jadi terpaksa jugak kita bahagi dua keje ni. Nanti tak siap pulak, susah jugak,” bulat matanya bila aku madah aku balit.

“Eh? Kau nak balik? Habis tu, camne nak siapkan ni?”

“Tulah yang kena bahagi. Nanti awak buat pengenalannya, aku pulak buat penutupnya. Aku pegi tak lama. 5 hari je. Balik hari Sabtu. Nanti hari Ahad kita siapkan semua,” aku nangga nya cam mikir sesuatu.

“Hmmm...Ha’ah, yelah. Kalau camtu, kita siapkan keje masing-masing. Jadi sini ajelah kita hari ni. Lepas ni ada kelas lagi. Aku gerak lu. Ada member tunggu. Ciao!” lekas-lekas nya angkat dari kerusi dan tanpa noleh-noleh agik trus keluar. Huuh! Tok kali dah seribu kali aku mengeluh. Tapi aku sik mok patah semangat sebab aku mena-mena mok siapkan kerja tok dan polah ngan betul-betul. Dan sementara nunggu kelas En. Badar, aku terus dudok kat sia dan buat kerja aku.

=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=

“Kelak mun datang sitok lak, boh lupak padah ngan kakak. Senang kakak ambik lak,” pesan kak Yanti, kakak saudara aku. Nya diam kat KL sebab nya kerja kat sinun. Mak aku nyuruh nya ngantar dan ngambik aku ke airport.

“Ok,”lam otak aku cek secara mental benda-benda yang aku dah embak takut ada yang terlupak. Roti Gardenia, Cek. Tiket, cek. Wallet, cek. IC, cek. Beg, cek. iPod, cek. Handphone, cek. Charger...cek? Kad Matrik, emm cek! Yeah, suma dah ready. It’s time to go!

“Kirim salam ngan auntie. Boh lupak berik kain yang kakak berik tek kat auntie. Ok, bait-bait. Mun dah sampei sinun padah juak ngan kakak ok!” aku pun salam ngan kak Yanti.

“Boh bingung kak. Lak Tika uruskan semua ba. Oklah kak, daknya dah nunggah nun. Lak kenak tinggal gik lak. Bye kak! Happy holidays and happy chinese new year! See ya in 5 days, alright?”

Lepas aku bersalam-salaman ngan kak Yanti, aku pun melangkah ke pintu terminal tempat belon aku sedang nunggu. Harap-harap sekda delay. Dalam masa 2 jam lebih gik aku akan sampei kat tempat aku diam seumur hidupku, dan tempat tumpahnya darahku...ecewah! Dengan hati yang bersorak penuh ngan rasa gembira dan ketidaksabaran, aku berjalan menuju ke destinasiku...Sibo.
[/b]
Back to top Go down
View user profile http://www.facebook.com/people/Nora-Suella/827434056
sean-
Pengawas #KPGBANDONG
Pengawas #KPGBANDONG
avatar

Male
Number of posts : 1419
Age : 32
Location : +65
Job/hobbies : Bartender (Beginner)
Humor : Sarcastic/Funny/Annoying
Reputation : 0
Registration date : 2008-09-18

PostSubject: Re: Bakat saya   Fri Mar 06, 2009 5:32 pm

saberlight ka light-saber?
pi nang best.. keep it up!

_________________
A PPLe™️ - A Collabaration Of Gengsidakbandong-Sibuster User & We Support
http://kpgbandong.niceboard.com

we.big.long.and.strong.we.are.sarawakian.
Back to top Go down
View user profile http://kpgbandong.niceboard.net
ellienized
Murid Darjah 3
avatar

Female
Number of posts : 532
Age : 30
Location : ammm... kat sitok jak
Job/hobbies : tukang tangga
Humor : nonsensism, repartee
Reputation : 0
Registration date : 2008-09-22

PostSubject: Re: Bakat saya   Fri Mar 06, 2009 7:32 pm

Duak2 dapat sa ku Son!
Ehehe...mak seh!
Back to top Go down
View user profile http://www.facebook.com/people/Nora-Suella/827434056
ellienized
Murid Darjah 3
avatar

Female
Number of posts : 532
Age : 30
Location : ammm... kat sitok jak
Job/hobbies : tukang tangga
Humor : nonsensism, repartee
Reputation : 0
Registration date : 2008-09-22

PostSubject: Re: Bakat saya   Wed May 06, 2009 9:36 pm

Sorry guys, the next chapter actually lam pembikinan. Disebabkan oleh perkara-perkara yang x dapat dielakkan, terpaksa ditangguh lok. X tauk bila bleh upload. Sorry banyak2.
Back to top Go down
View user profile http://www.facebook.com/people/Nora-Suella/827434056
ellienized
Murid Darjah 3
avatar

Female
Number of posts : 532
Age : 30
Location : ammm... kat sitok jak
Job/hobbies : tukang tangga
Humor : nonsensism, repartee
Reputation : 0
Registration date : 2008-09-22

PostSubject: Re: Bakat saya   Mon May 25, 2009 7:12 pm

BABAK 4: KEMBALI part II


Lagu yang direkemen semasa baca chapter tok adalah: [Yuna – Missing Star] [The Click Five – Pop Princess] [Nidji - Sudah] [Glen Hansard & Marketa Irglova – Falling Slowly] [Paramore – Miracle] [South Jordan – Fatal Flaw]



Boleh dikatakan setiap ceruk Sibo tok menyimpan sedikit sebanyak kenangan-kenangan yang ada diantaranya manis tapi ada juak hampeh. Limpas kat depan Sanyan, teringat waktu aku keluar sama ngan kawan-kawan lamak. Limpas kat Premier, teringat ngan waktu aku keluar nangga wayang, limpas kat depan Masjid Sibo, teringat ngan waktu berarak time Maulidur Rasul masa sekolah marek. Limpas kat dewan suarah terkenang waktu selalu lepak kat sia marek. Isk... nang aku suka Sibo. Tapi dalam banyak-banyak kenangan, ada yang aku simpan jadi rahsia. Sebenarnya aku ada sigek rahsia besar. Selamak tok aku simpan jak lam hati dan sedikit-sedikit memori aku terhadap perkara tok mula hilang. Tapi bila dah datang Sibo, entah camne aku mula teringat balit. Dolok aku suka ngan sorang budak tok. Suka gilak-gilak. Lamak la juak aku simpan perasaan kat nya. Boleh dikatakan tiap saat, minit dan jam aku terpikir-pikir pasalnya jak-jak. Tapi malangnya, walau camnepun aku suka ngan nya, sik mungkin nya akan suka kat aku balit. Sebab aku sik mok madah dan ngakuk yang aku tok suka kat nya. Sigek gik, aku sik sanggup nak mikir apa akibat yang akan jadi sekiranyalah aku ngakuk kat nya yang aku tok syok kat nya. Sik sanggup aku nak merusak hubungan yang kamek duak dah ada. Aku pun sik sanggup hilang seorang kawan, semata-mata mok memenuhi kepentingan dirik sendirik. Kamek duak serasi benar sebagai sahabat. Apa yang aku minat, nya pun minat juak. Nya sik pernah kasar ngan aku walau marah camnepun nya kat aku. Tapi mun time nya memang harus tegur aku, nya akan tegur bait-bait. Aduh, ompuan ne sik cair? Aku tok cuma sorang ompuan yang sik pernah dapat kasih sayang dari sorang laki yang bukan bapak, abang atau adik, sorang laki yang anggap akulah dunianya. Tapi, yalah tek. Bila dah jumpa laki macam ya, apa yang jadi? Kamek duak ngak kawan, sahabat, end of story. Haha! Lawak juak bila aku pikir-pikir berpuluh-puluh juta kali. Walau camne aku cuba mok singkir perasaan sayang aku rah nya, aku mesti kalah. Kalah ngan perasaan sendirik. Tapi kak ya, bukannya pande nak mukak langkah. Nak madah pun sik berani, ne gaya ya? Nya ya pun satu juak. Cara nya layan aku sik ubah macam sorang abang layan adiknya. Mungkin nya anggap aku tok sekadar macam adiknya sendirik. So, kamek duak sama-sama bangang…



=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=



Dalam celah-celah keramaian manusia, aku bertungkus-lumus mok berjalan menembusi tembok orang lalu-lalang. Aku ngan adik aku, Dahlia disuruh meli barang dapur. Tapi tauk jakla, bila dah orang empuan keluar meli barang, alulah melelat ke tempat lain. Pande masuk ke kedei baju indah. Macamlah ada dak sayor, bawang suma lam ya. Hampir semua kedei yang ada lam shopping complex ya dijalan kamek duak. Ada sigek kedei ya jual barang elektronik, jadi aku pun masuklah mok nangga ne tauk ada gadget atau gizmos yang canggih manggih dijual. Tengah aku syok-syok nilit barang-barang yang ditunjuk lam kedei ya, tetiba jak ada orang ber’ehem-ehem’. Mula-mula aku sik perasan sebab takut malu salah orang. Tapi dah lamak-lamak aku nengar orang ya masih juak ber’ehem-ehem’, jadi aku tolehla. Terkejut beruk aku bila nangga yang kawan lamak aku masa sekolah marek yang nunggah. Lamak juak sik jumpa nya jadi aku pun ngagak mok kakar-kakar and catching up.



“Waaa!!! Lamak sik nemu kau!! Pa khabar tek?” ya soalan pertama yang ditanyak oleh kawanku ya. Namanya Fatimah tapi semua orang nunggah nya Ima jak.



“Waaa!!! Sama juak ngan kau. Kau lamak dah keja kat sitok? Aku bok balit marek,” padahku sambil bersalam ngan nya.



“Aih? Lamak cuti ko ka? Aku dah dekat nak setahun keja kat sitok,”



“Owh. Duhal. Cuti aku kejap jak. Sabtu tok balit. Yalah nak jalan puas-puas tok,”



“Ko sorang ka?”



“Sik, nun eh! Aku ngan adik ku…”



“Uih! Kau ka ya Tika?…"



Tengah aku kakar ngan Ima, ada sigek gik sora yang nyampuk. Dan sekali gik aku terkejut beruk sebab sorang gik kawan lamak waktu sekolah menengah marek nego. Aku tangga nya make baju seragam sama ngan Ima. Jadi aku secara automatiknya anggap yang nya keja kat sia juak.



“Zaidi! Ko keja sitok juak?” senyum jak nya bila aku tanyak soalan ya.



Aku mun orang lain senyum rah aku, aku sik kisah gilak. Tapi masalahnya sekarang tok adalah, miak yang tengah senyum ya juak adalah miak yang aku ada hati ngan dari masa aku form 1 agik. Waktu ya kamek duak dudok sebelah menyebelah. Jadi kira rapat la juak. Kamek duak salu share homework, share jawapan exam sebab sharing is caring, salu gosip-gosip, dan salu juak kelaie. Tapi dah lamak-lamak entah camne aku pande suka ngan nya. Pada pandangan aku nya ya lain dari budak-budak laki yang lain yang aku kenal time ya. He’s kinda charming and I’m totally head over heels ngan nya. Tapi malangnya nya tetap sik perasan yang aku suka ngan nya. Entahla aku sik tauk nak madah samada nya mena-mena sik tauk, purak-purak sik tauk atau really really slow, bengap dan lembap. Dan tekaan kitak orang suma adalah tepat sama sekali. Budak tok la yang aku maksudkan kat permulaan tek.



“Aku sama ngan Ima apply keja kat sitok marek. Ya Rabbi, Tika! Lamak mena kita sik kakar! Lepas sekolah abis alu sik nampak muka agik,”



“Bukan sik mok jumpa, aku trus sambung belajar. Tambah gik, nombor lamak aku hilang jadi suma kontak lamak suma hilang. Pa kabar ko tek? Brapa orang dah anak?” aku cuba berguro tapi nya tiba-tiba nunjuk muka serius. Jangan-jangan…!!!! Tidak!!!! Nuuuuu!!!!!



“Ko sik tauk Tika. Miak tok sebenarnya dah tunang dah!” padah Ima kat aku. Aku mula-mula sik cayak tapi bila aku nangga Zaidi senyum dan sik komen apa-apa, aku cuma mampu madah ‘owh…’ jak



“Kak Tika! Mak dah tepon tek madah ne kita duak. Lamak nya nunggu bawang nak masak,” si Dahlia yang sik tauk cerita menyampuk. Jadi kamek duak pun ambik keputusan nak terus balit sebab takut kenak lecture kat rumah lak. Sebelum balit aku sempat bertukar-tukar nombor tepon dengan Ima ngan Zaidi.



Mula-mula aku ok, sebab aku masih lom dapat nak proses maklumat yang baruk aku dapat tek. Tapi bila dah makin jauh aku ngan adik aku berjalan, aku mula sedar dengar realiti sebenar. Dan aku boleh padah waktu ya juak, yang aku sik mok kawan ngan realiti. Reality sucks! Miak yang aku suka dan mungkin anggap sebagai satu-satunya ‘my potential boyfriend’ dah jadi milik orang lain. Entah tiba-tiba aku rasa saluran aik mata aku jadi pedih dan sesaat lepas ya mata aku beraik. Adeh! Malu na juak rasa aku. Rasa kedak miak congek and cengeng rasa. Dahlia sik perasaan mula-mula tapi bila dah sampei kat tempat parking keta aku sik dapat tahan-tahan lalu aku nangis kuat-kuat. Terkejut Dahlia nengar aku nangis cam miak kecik.



“Apahal kak? Aih? Kenak tok?” Dahlia cepat-cepat ngagak aku. Aku dapat nangga yang nya mena-mena bingung sebab sik paham apa yang terjadi kat aku.



“Sekda… Jom balit. Mak nunggu...kat rumah...kelak bapak....marah mak lambat...masak...”



Dahlia jadi panik, nya sik mok nyuruh aku driving sebab aku nangis lebih teruk dari miak kecik umo 3 taun jadi nya nyuruh aku duduk kat tempat duduk penumpang lalu ambik alih jadi driver. Sepanjang perjalanan lam keta kamek duak sik kata apa-apa. Nasib bait adik aku yang baruk abis tingkatan 5 ya paham yang aku sik bercakap sebab aku sedih. I’m so thankful for that.
[/justify]


Last edited by ellienized on Wed Jun 30, 2010 3:01 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
View user profile http://www.facebook.com/people/Nora-Suella/827434056
ellienized
Murid Darjah 3
avatar

Female
Number of posts : 532
Age : 30
Location : ammm... kat sitok jak
Job/hobbies : tukang tangga
Humor : nonsensism, repartee
Reputation : 0
Registration date : 2008-09-22

PostSubject: Re: Bakat saya   Mon May 25, 2009 7:15 pm


=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=



Keesokan harinya aku dapat mesej dari Ima. Nya nak ngembak aku ngan ada beberapa orang geng yang lain keluar sebab malam ya orang sambut tahun baru cina. Kamek orang mok pegi nangga orang main bunga api. Jadi aku pun madah mok ekot sebab aku sekda plan mok polah apa-apa malam ya. Lagikpun aku nak mengembirakan dirikpun sebab aku masih lam keadaan patah hati. Cuti aku tok sekejap jak jadi aku sik mok rasa sedih sampei abis cuti lak. Rasa rugi rasa mun kedak ya. Ima madah kelak nya ambik aku lam pukul 8.30 malam. Nya nak cia aku makan sekali sebab lamak sik keluar sama. Aku mun dah nengar orang cia makin la aku suk.



Lepas kamek orang makan, semua setuju mok raon-raon kejap sebelum lepak kat phase 2. Kamek orang ada 5 orang semuanya termasuk Ima sendirik. Dan salah seorang dari daknya adalah Zaidi ngan tunangnya. Aku kenal ngan tunangnya ya. Nya tinggal kat kawasan perumahan aku sia. Tapi aku sik pernah kakar ngan nya. Nangga sidak duak berinteraksi aku jadi aneh. Marek aku kakar kedak ya juak ngan Zaidi, dan aku nangga reaksi yang nya berik kat tunangnya kinek tok adalah lebih kurang macam reaksi nya berik kat aku dolok, membuatkan aku tertanyak-tanyak, samada nya pernah ada hati kat aku juak ka sik. But what’s the point to ask him that right? Bukannya nya akan lari ngagak aku pun bila aku tauk jawapan kepada soalan ya. I guess I’ll never know... Kat lua, rupa aku ceria ada, tapi lam hati aku rasa cam nak muntah jak. Nasib bait aku dapat cover sak sidak lain sik syak.




Rami juak orang malam ya tapi masih ada tempat pake kamek orang 5 duduk. Kamek orang pun mulalah bukak cerita macam-macam. Dari cerita zaman sekolah marek sampeilah cerita yang jadi lam hidup masing-masing kinek tok. Dengar cerita dolok-dolok menjadikan aku terasa sikit nostalgik. Sampei dah aku sik dapat tahan gik rasa sedih lalu aku pun ambik keputusan nak jalan-jalan kat sekitar phase 2.



Masih ada 30 minit gik masa tinggal sebelum mereka-mereka yang nyambut tahun baru cina meletupkan mercun sidak. Aku ambik masa berjalan dari tempat kumpulan kamek orang duduk ke hujung. Lelah-lelah berjalan aku pun berenti kejap dan cuba menikmati permandangan kat tepi sungei. Sibo memang best. Walaupun sik cantik kedak negeri-negeri lain tapi bagi aku Sibo memang the best. Syok-syok aku pikir 50 sebab kenak Sibo best, tetiba jak ada suara kat sebelah aku. Cepat-cepat palak aku berpusing 90 darjah sebab terkejut. Rupa-rupa tek Zaidi duhal. Suasana awkward mula terasa sebab kamek duak sik bercakap apa-apa sama sendirik, dan apa yang aku sik boleh tahan adalah situasi awkward macam tok. Jadi aku pun bukak mulut.




“Bila kitak duak nak nikah?”




Dalam banyak-banyak soalan lam dunia tok, kenak aku sik mok tanyak apahal buah durian berbau tapi nyaman? Atau apahal boyak sekda insang tapi pande berenang ataupun soalan bodo macam kenak orang yang molah kerja gila kebanyakannya bukan orang gila yang polah tapi orang normal macam kau ngan aku? Rasa nak ku wasabi jak mulut ku mpun.




“Entahla. Tunggu aku dapat kerja steady kali. Boh bingung, mun dah tetap lak bik kad jemputan,” selamba jak nya jawab. Rasa nak ku pangkong palak miak sebelah ku tok.




“Hmm...”




“Kenak? Ko masih sik cayak yang aku tok dah nak kahwin ka? Apa ko ingat aku tok sik laku? Sik kedak ko ya,” Memang. Memang orang laki tok sik sensitif. Aku dah 5 tahun syok kat nya, tapi nya sikit pun sik paham. Hati kayu ka hapa...



Dude, ko bok jak tunang lom kawin gik. Sik boh nak cakap besar gilak. Gikpun ko stuck ngan sorang jak sedangkan aku bleh flirt ngan berorang-orang, sapa-sapa jak aku maok,” aku cuba nak meringankan mood dengan nada main-main. Nya cuma senyum. Tapi sik lamak kak ya, suasana jadi awkward balit. Aaargghh. Tapi kali tok nya dolok yang bercakap.



“Ko macam sik suka jak dengar aku dah tunang. Ko sik suka ngan Lili ka?”



“Sekdalah! Mengarut jak ko! Kitak duak memang sepadan. Bak kata Din Beramboi, bagai pinang dibelah lapan,”




“Aku harap mena-mena pilihan aku tok sampei bila-bila lak. Tauk sik, lepas abis sekolah, aku cuba carik kau bila lamak sik dengar berita kau. Tapi waktu ya kau dah kat sinun sambung belajar. Mak kau yang padah. Masa aku kayo-kayo kat perumahan kau sia la aku nemu Lili. Ko sik tauk tapi aku selalu rasa berterimak kasih kat kau sebab mun sik sebab aku ngagak rumah kau, aku sik akan temu Lili,”




“Owh... kenak ko suka ngan nya?”




“Mungkin ko akan tetak mun aku madah. Kamek duak mula-mula berkawan. Nya banyak ngingatkan aku ngan kau. Kitak duak sama-sama suka ngan alien dan bila nya padah nya mok jumpa alien satu hari lak, aku dapat rasa yang mun kitak duak berjumpa, mungkin kitak orang akan jadi kawan bait, dan kita tiga boleh jadi geng. Tapi dah lamak-lamak aku kawan ngan nya, makin aku kenal ngan nya makin aku rasa kamek duak ada jodoh la. Eii! Boh tetak ai!!”



Aku tetak sebab sik kalak ku nemu orang laki yang bercerita mena-mena pasal benda peribadi kedak nya. Aku dah kenal mena ngan mamat tok dan aku tauk nya sik pande nak ngatur ayat. Tapi cinta punya pasal, ayat nya yang selalunya berterabur dan berserabut sik tentu pasal pande jadi tersusun. Lawak juak. Dan aku tauk aku memang dah kalah tanpa bertanding.




“Okla ya. Aku pun suka ngan Lili. Harap-harap kitak duak bahagia sampei ke tua,”




“Amin...” jawab Zaidi cepat-cepat.




“Zaidi..." jantung aku berdegup-degup sampei dapat dengar rah telinga.




"Hmm?"




"Kau pernah sik...kau pernah suka ngan aku ka?" akhirnya...keluar juak soalan yang aku pun sik tauk berapa lamak aku simpan lam hati jak tiap kali aku jumpa nya.




Zaidi sedikit terkejut sebab matanya bulat lepas aku tanyak. Aku sik tauk samada aku rasa menyesal atau lega. Tapi aku heran sekali sebab kebanyakannya aku rasa lega.



"Aku... dolok pernah terpikir soalan yang sama. Aku pikir yang aku suka ngan kau. Tapi dah lamak-lamak aku rasa, rasa yang aku ada kat kau bukan suka, tapi sayang macam kau sebahagian dari keluarga aku pun,"




Dan sekali lagik aku rasa heran sebab sepatutnya aku sedih bila dengar nya madah camya. Tapi aku langsung sik rasa sakit hati atau sedih. Aku rasa lega, sebab semua dah jelas dan keluar. Macam beban besar dah terangkat dari bahu aku. Somehow I know his answer and I don't mind at all.



Sik lamak dengar jawapan dari Zaidi, bunyi letupan bunga api pun mula. Dan dalam sekelip mata, hampir seluruh bandar Sibo dikerumuni dengan pancaran bunga api. Aku suka dengan bunga api, tapi aku sik suka bunyi bising yang berlanjutan sampe aku pun sik tauk bila sebab bila aku balit ke rumah, bunyi orang main mercun masih banyak.



=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=II=




Aku ngan Lili mula berkawan lepas malam ya. Memang benar padah Zaidi, kamek orang boleh jadi kawan rapat mun berkawan. Walaupun masa aku mok sama ngan sidak singkat jak, tapi aku rasa macam dah kenal ngan nya lamak.



“Ika! Kemas semua dah barang ko tek? Esok jangan bergaut lak ada gik barang lupak lak. Kemas awal-awal ya!” mak aku dah sound dah jadi aku pun sebagai anak solehah ikut jak padah mak aku. Lepas kemas semua, aku pun terus nait atas katil sebab sik tahan nak nahan rasa ngantok. Dan perkara terakhir lam otak aku pada masa ya adalah barang-barang yang aku sik mok tinggalkan sebelum berangkat balit ke KL. Tiket, cek. Wallet, cek. IC, cek. Beg, cek. iPod, cek. Handphone, cek. Charger, cek Kad Matrik, cek!...friendship?…double check!
[/center]
Back to top Go down
View user profile http://www.facebook.com/people/Nora-Suella/827434056
Sponsored content




PostSubject: Re: Bakat saya   

Back to top Go down
 
Bakat saya
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KPGBANDONG & SIBUSTER :: Hiburan :: Bakat ANDA-
Jump to: